Saturday 26 April 2014

Puisi : Sejarah Hati

SEJARAH HATI

Mampukah aku,
melakar sejarah  hati,
berlegar menghuni kamar emosi,
menjadi pohon mimpi ilusi
terus membuai
menjadi ombak bertali-temali.
Cuba fahami diri ini,
Cuba mengerti,
Kerana mampukah aku
jika aku kekal menanti cinta syurga
tetap ada setangkai cahaya untukmu
yang pernah sembunyi di setiap tangkai
cahaya mentari.



No comments:

Post a Comment