Wednesday 26 August 2015

Puisi : Semangat Patriotisme


Sedarlah wahai bangsa Malaysia,
31 Ogos  merupakan tarikh keramat
Marilah kibarkan jalur gemilang
bersama meraikan kemerdekaan itu.

Tetapi kini merdekakah jiwa kita?
Termenungku sendirian,
memikirkan generasi kini mudah alpa,
kerana semakin kita memacu ke abad 21
semakin kita leka dengan kemajuan dunia,
dan lunturlah semangat patriotisme.

Ayuh Malaysia,
kalau kita tidak mahu dijajah kembali,
marilah kita sehati sejiwa
menampi semangat patriotisme,
berdiri sebagai rakyat,
menabur keringat,
demi bumi merdeka.