SYAHADAHKU
Saat aku mula menyahut perjuangan
panji ditangan digenggam erat
di luas lautan kehidupan ini
tak akan roboh dek hempasan ganas
ombak musim tengkujuh
Walau hatiku pernah terluka
dek tusukan kerikil ujian
aku tidak akan goyah meredah denai kesukaran
akanku tepis lembing cabaran
dengan keyakinan daya atas izin-Nya
Zikir dan tahajjudku
di sejadah syahadahku mengakrab syahdu
tiang seri hajatku, diiringi doa kudusku
untuk mengapai piala kemenangan
hasil sebuah perjuangan ini
Tuhan rahmatilah aku
kerana aku tahu kehidupan adalah
antara ketentuan dan takdir-Mu,
Rahmatilah hatiku Ya Allah,
Setiap syahadahku penuh cinta terhadapmu.