Tuesday 19 November 2013

Sajak Coretan Buatmu Sahabat

Kita berjumpa hanya kebetulan,

Kebetulan akhirnya berkekalan,

Pelbagai kenangan telah dilukiskan,

Coretan penuh warna warni,

Diwarnai dengan gurauan dan usikan,

Dihiasi dengan gelak tawa dan senyuman,

Kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan,

Namun, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berkawan

kecuali ajal dan kematian,

Itulah dirimu wahai sahabat. 

Monday 11 November 2013

Gurindamku

Gurindam Nasihat


Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.



Cerpenku: Kasih Dalam Hati

Cerpen:Kasih Dalam Hati
Oleh: Nurul Ain Binti Mohd Jalani
Cinta tidak semestinya memiliki,Mencintai tidak semestinya bersatu. Begitulah hakikat yang mesti ku terima kerana tidak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita. Cinta bukan barang dagangan. Cinta bukan suatu paksaan. Haris memilih Anis, bukan diri aku walaupun antara aku dan dia cukup akrab. Akrab seperti isi dengan kuku. Akrab seperti aur dengan tebing. Itulah namanya jodoh Tuhan. Manusia hanya mampu merancang tapi segala ketetapan adalah milik-NYa.
"Haris dah ada kekasih?"."Dah! Cantik macam Nia juga," pengakuan spontan dari bibirnya itu sebenarnya, menenggelamkan perahuku yang berisi penuh dengan harapan. Dia lelaki pujaanku. Dia yang kuimpikan selama ini, bakal memberi sinar dalam hidupku. Tidak ada lelaki lain lagi di hatiku. Cuma dia yang tidak mengetahui kasih di dalam hatiku ini,Aku pun tidak tahu bagaimana hati ini berjaya dicuri olehnya meski aku tahu dia tidak mencintai diriku dan menganggap diriku hanya sahabatnya,
Haris seolah mengisi hati yang terluka. Bila Syafiq berangkat ke luar negara cintaku turut dibawa pergi.Syafiq kenangan lamaku.Ya,aku mengaku perasaan aku terhadap syafiq hanya kasih adik kepada abang  tetapi dengan Haris aku merasakan perasaan sebaliknya. Aku tidak pernah memaksa hati untuk menyintai Haris tapi rasa itu hadir dalam diam-diam. Diam penuh rahsia. Mungkin hingga kini hanya aku yang merasa cintanya. Aku yang bertepuk sebelah tangan.Mungkin salah diriku kerana cinta bertepuk sebelah tangan,
Aku pernah menangis bila diperkenalkan dengan Anis. Aku tidak dapat menerima kenyataan itu. Tapi aku harus adil pada hatiku sendiri dan juga Haris. Aku tidak mahu merampas hak yang bukan milikku. Aku tidak mungkin melukakan insan sejenisku iaitu Anis sebagai kaum hawa.Biarlah aku menyendiri.Aku tidak akan memaksa Haris menyintaiku dengan meleraikan kesetiaannya pada sang kekasih. Kalau aku punya seribu sakti tak mungkin akan ku tukar hatinya menyintaimu. Biarlah cintaku terpendam. Biarlah kasih sayangku tenggelam.
"Hai masih fikirkan Syafiq?" tanya Haris sambil meletakkan dua buku tebal di depanku. Lamunanku berderai oleh suara itu. Lenyap ke dalam hatinya.
Haris tahu Syafiq kekasihku yang selalu menyakitiku sehinggalah Syafiq memutuskan untuk belajar ke luar negara dan memilih perempuan asing di sana.
 "Dari mana ni,?" Tanya Haris. Dia memang selalu begini. Di mana aku berada mesti dia cuba menjejaki diriku.
"Kafe"Jawabku.
"Cyber Cafe?"Tanya Haris.
"Kafeterialah.Dah makan?" tanyaku cuba membuka topik perbualan.
"Dah,.Alhamdullilah.Haris Sudah Kenyang ”.Jawabnya bersahaja.
"Belajar apa tu?" Buku di hadapanku masih di muka surat satu walaupun sudah dua jam aku di sini dengan tujuan untuk mengulangkaji. Aku menegakkan buku itu untuk dia melihat sendiri nama buku itu. Kemudian kututup perlahan.
"Dah khatam?" Dia seakan menyindir. Mata kuyu merenungku. Dia memang kacak dan mencairkan hatiku,Tanya Haris dengan suaranya yang mencairkan hati.
"Nia, Haris ada satu berita baik!"
"Apa dia,?" tanyaku secepat kilat.
"Haris dan Anis akan bertunang"
"Cepatnya. Tak tunggu habis belajar ke,?" tanyaku sedikit resah.
"Yang belajarnya Haris.Bukan dia. Dia bila-bila masa bersedia menjadi suri untuk aku" Selalu sahaja Haris mengatakan padaku bahawa dia mahu memilih perempuan yang tidak bekerja sebagai surinya. Mungkin kerana itu Anis terpilih. Tapi ku kira, itu cuma alasan saja.
"Lagipun aku takut dia dirampas lelaki lain," jawabnya. Aku jadi cemburu. Tentunya selepas ini Haris akan cuba membataskan hubungan kami. Haris perlu menjaga hati Anis.
"Kau mesti tolong Aku," pinta Haris. Masih bergunakah aku ini.
"Apa dia?" Hatiku bergetar.
"Pilihkan Aku  cincin pertunangan kami."Merayu Haris.
"Boleh! Bila?" Memang akulah selalu yang memilih untuknya kalau dia mahu memberikan Anis sesuatu. Apa yang cantik di mataku pasti itulah yang dipilihnya.
"Esok," jawabnya riang. Hatinya berbunga sedangkan hatiku kemarau seribu musim.
"Bila kau dengan Anis nak melangsungkannya," tanyaku lagi walaupun hatiku telah dirobek.
“Minggu depan kalau tiada aral melintang.”Katanya.Hatiku pula bagai dipanah halilintar dan petir saat mendengar jawapan itu,Sakit,Ya Allah.
Kuanggap pertemuan kami seperti pertemuan jodoh dari Tuhan. Pertemuan di Stesen bas kerana bertukar beg pakaian menjadikan kami rapat. Rapat seperti belangkas. Dia banyak membantuku. Kebetulan pula kami adalah rakan sekelas di Fakulti pendidikan Universiti Malaya.Dia sahabat di waktu susah dan senang tapi sayang dia tidak ditakdirkan menjadi milikku. Dia hanya seorang kawan yang pada bila-bila masa akan terlerai ikatan itu bila dia menjadi milik Anis nanti. Air mata tiba-tiba mengalir ke pipi mulusku bila mengingatkan perpisahan yang kejam itu. Kadang-kadang aku salahkan kepada pertemuan itu. Jika tiada pertemuan pasti tidak akan berlaku perpisahan.Kata orang,Tak Kenal maka Tak Cinta,
 "Hari ini Syafiq kahwin dengan Maria,perempuan putih di Australia," ujarku sambil membelek satu-persatu cincin yang dikeluarkan oleh jurujual dari cermin kaca.
"Kau masih mampu tersenyum?" tanyanya kehairanan.
"Kami tak ada jodoh,aku dengan Syafiq tidak ditakdirkan bersama, Haris".Jawabku lemah.
"Kalau ada jodoh pasti hari inilah Nia kahwin dengan Syafiq" Dia tersengih. Aku juga. Tentu di saat ini mama dan papa sedang membilang kekesalan terhadap aku.
 “Aku dah jatuh hati pada seseorang tetapi bukan Syafiq.”Balasku
"Siapa lelaki itu, Nia?" tanyanya tiba-tiba.
“Siapa?” Aku jadi serba salah.
“Peminat rahsia yang berjaya curi hati kau tu”,Terasa gementar seluruh anggota. Sudah berkali-kali dia menyoal soalan yang sama. Tak mungkin aku akan memberi jawapannya. Jawapan yang pasti membuat dia serba-salah dan mengorbankan maruahku sendiri. Biarlah dia meneka dalam kesamaran. Biarlah dia tidak mengetahui jawapannya.
"Bila sampai waktunya kau akan tahu juga," aku berdalih.
"Dengan aku pun kau mahu berahsia?"Tanya Haris dengan nada merajuk.
"Tak semua perkara kita boleh bercerita"Jawabku bersahaja.
"Walaupun dengan kawan baik sendiri?"Tanyanya mendesak
"Kau terlalu mendesak, Haris,Lelaki itu pasti akan kau ketahui.Aku mengaku aku mencintai lelaki itu.”Jawabku pilu.
"Bukan macam itu tapi kadang-kadang kau tiba-tiba bertukar menjadi terlalu misteri pada aku! Seorang yang pelik. Mencintai lelaki yang tidak menyintai sehingga sanggup mengorbankan hati itu adalah orang yang sangat berharap"Balasnya kesal.
"Ah, sudah acap kali kau hukum aku begitu"Jawabku.
"Kau syok sendiri, Nia!"Balas Haris dengan lagak.
"Ya! Aku memang syok sendiri" Tegasku Tidak mahu kukenang lagi cerita-cerita lama. Aku pasrah. Mama dan papa juga menerima segalanya. Sudahlah. "Kau datang untuk membeli cincin ke nak mengumpat pasal aku?" aku mula mengalih topik perbualan dengan menunjukkan sebentuk cincin yang cukup cantik kepadanya. Tentu bertambah berseri jari manis Anis apabila menyarungkan cincin itu.
"Nia, kau perlu berterus-terang pada dia. Tak salah kalau perempuan yang memulakan dulu," dia masih tidak mahu mengalah.
"Ah, mengarutlah!Bagaikan perigi mencari timba”.Jawabku.
"Kau takut ditolak sebelum mencuba tandanya kau tidak yakin pada diri sendiri. Kau tahu, Nia?"
"Tahu apa?"Tanyaku kehairanan
"Kau cantik dan comel !" Aku tersenyum dengan pujian itu. Ah, kecantikan bukan segalanya.Haris selalu memujiku sehingga aku benar-benar jatuh cinta padanya.
"Kalau kau sudi aku boleh tolong kau cakap dengan lelaki itu.!"Tanya Haris.
"Tak payah! Apa-apapun kau tengok cincin ni dulu." Aku mengunjuk kepadanya.
"Nia...!" Dia masih tidak berpuas hati.
"Haris! Kita ke sini bukan nak berkisah tentang cinta misteri aku tapi nak beli cincinkan?" Aku berbicara lagi dan akhirnya dia mengalah.
Dua minggu kemudian…
Dari jauh kulihat Haris kelihatan sugul. Dia seperti melayan perasaannya sendiri. Kayu kecil di tangannya dikuis-kuis ke tanah. Kornea matanya terlempar jauh ke tengah tasik yang tenang. Mungkin dia sedang merindu. Terlalu seksa menanggung rindu seperti belati menusuk hati. Itulah adat orang berkasih. Aku cemburu kalau hanya Anis di kotak hatinya. Hanya Anis yang layak, bukan aku! Tiba-tiba aku terasa dipinggir dan tersingkir jauh tapi langkahku terus gagah menurut bayangnya.
"Jauh merindu," sergahku. Dia berpaling. Wajah yang berkerut dipaksa mengukir senyum. Dia terlalu kacak tapi bukan kerana rupa aku jatuh hati padanya tapi kerana dia adalah dia. Dia tidak pandai mengambil kesempatan. Dia terlalu mengambil berat dan pandai mengambil hati. Mungkin kerana dia seorang sahabat. Begitulah setia seorang sahabat tapi hanya aku yang mengharap lebih daripada itu. Dia juga mengajar aku agar tidak terburu mengejar pelangi. Kehadirannya memaksakan aku menafsir semula kuntum-kuntum kasih yang merimbun di hati. Aku tidak pernah merasa rindu pada Syafiq seperti aku rindu padanya. Mungkin kasih pada Syafiq  bukan cinta tapi cuma rasa sayang. Sayang seorang adik kepada abangnya.
"Aku merindu pada yang tak sudi, Nia”.Lama baru dia menjawab. Wajahnya murung. Semangatnya seperti patah.
"Apa maksud kau?"Tanyaku.
"Perminangan aku ditolak oleh Anis  kerana orang tuanya sudah ada calon yang lain"
"Saudara dekat ! Senang kalau bersaudara, alasan ibunya!"
"Jadi selama ini?"Tanyaku.
"Anis  pernah membayangkan kemungkinan begini jadinya pada hubungan kami tapi aku terlalu yakin pada rasa cinta kami akan mengubah segalanya." Terlalu sayu suara yang terbit dari ulas lidahnya.
Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Aku tidak pandai memujuk. Kalau dia bercerita tentang kisah Anis aku bersedia menjadi pendengar yang setia. Kadang-kadang aku cuba menghibur laranya. Kadang-kadang hatiku berbunga dengan harapan. Kadang-kadang tempias juga rasa cemburu bila Haris asyik menyebut tentang Anis. Terasa aku tiada tempat di hatinya. Seolah ruang itu hanya untuk Anis seorang.
Akhirnya masa yang ditunggu tiba jua. Kami berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya. Semakin hampir dengan perpisahan semakin pilu rasa hati. Mungkin selepas ini kami akan terpisah terus. Semasa cuti semester aku sudah tidak menentu kerana merinduinya, inikan pula berpisah tanpa pertemuan begini.Selepas ini, mungkin kami akan menjadi seorang pendidik iaitu seorang guru.
"Nia, bagaimana dengan lelaki tu?" tanyanya tiba-tiba. Tanpa salam. Tanpa apa-apa, tanda kehadirannya. Tiba-tiba saja dia muncul. Mendekatiku dengan keramahan sama. Dengan kemesraan yang serupa. Mungkin begitu juga pemergiannya nanti. Tiada apa-apa tanda di hatinya tapi di hatiku, kehadirannya cukup memberi impak kepada hidupku.
"Lelaki mana?" soalku kehairanan.
"Yang Nia cakap dengan Haris tu,Yang Nia suka tapi dia tak tahu”.Tanyanya tiba-tiba.
"Tiada perubahan! Aku rasa kami tak akan bersama di dunia ini, mungkin di akhirat" Aku cuba berjenaka dengan serangkai senyuman di bibir yang dibuat-buat sedang, di hati tercalar seribu luka. Mungkin aku hanya seorang perempuan. Tidak berhak untuk memulakan sebuah cinta. Sayang! Kalau aku lelaki sepertinya sudah lama aku laungkan suara cintaku.
"Kau masih mahu berahsia tentang lelaki itu daripada aku?" Dia masih setia mendesak.
"Biarlah dia menjadi sejarah dalam hidup aku"
"Sedihnya! belakangan ini aku lihat kau murung saja" Aku terdiam. Aku tentu sepi tanpa Haris di sisi. Aku akan jadi seorang perindu. Mungkin inilah balasan Tuhan kepadaku kerana melanggar hati Syafiq dulu.
"Nia, aku nak hadiahkan kau sesuatu." Air mata yang bergenang di kelopak cuba ku tahan. Aku tidak mahu dia tahu aku menangis kerana aku tidak boleh menerangkan kepadanya erti titisan air mata yang meleleh itu.Aku sememangnya mengharap kasihnya.
"Apa dia? Hadiah tanda perpisahan ke?" Suaraku bergesel dengan sebak di hati.
"Bukan! Tanda pertemuan." Dia tersenyum.
"Pertemuan kita akan berakhir, Haris!"
"Kau tak ada siapa-siapakan.Hati kau masih syok sendiri kan?"Tanya Haris.
"Apa maksud kau?"Soalku bingung,
"Kau tak menanti siapa-siapa lagikan?"Tanyanya dengan wajah ceria.
"Aku tak faham!"Jujurku.
"Kalau hadiahkan cincin ini, kau akan terimakan?" Kepal di tangannya terbuka dan di situ tergolek sebentuk cincin. Aku masih ingat cincin itu. Cincin itu pernah membuat aku cemburu dan menangis. Cincin itu juga lambang harapan Haris yang kecundang bersama Anis.

"Haris mahu melamar Nia dengan cincin ini dan Haris mahu Nia jadi suri hati Haris selamanya," antara percaya dan tidak,ucapan itu membuat duniaku terhenti seketika.
"Haris tahu Nia tak boleh menerima Haris tanpa cinta tapi cubalah, Nia”.Aku jadi gementar. terkesima.
"Kau dah fikir masak-masak?" tanyaku tawar. Tiba-tiba aku jadi keliru. Pilihan terakhir. Aku mahu dicintai sepenuh jiwa seperti aku menyintainya.Aku terdiam.
"Dah! Aku tidak mahu mencari lagi kalau di hadapanku telah terpancar sekilau permata. Akupun tahu sejauh mana kemesraan kita. Kaulah satu-satu perempuan yang berada di sisi mengubati lukaku, menumpang rasa gembiraku," ucapnya melarutkan rindu yang membiru di hatiku.
"Tapi aku akan undur kalau ditakdirkan lelaki itu datang membalas cintamu," Haris meninggalkan aku sendirian dengan cincinnya.Dia menanti jawapanku.
Sebulan Kemudian…
Setelah sebulan mengikat tali pertunangan kami mengambil keputusan untuk terus diijabkabulkan setelah masing-masing berjaya menjawat jawatan tetap sebagai guru. Terlalu pantas masa beredar. Haris yang tidak sabar. Sebenarnya aku pun tidak sabar. Dia takut hatiku berubah. Haris tidak banyak membantah bila aku berkeras untuk bekerja walaupun bertentangan dengan syaratnya dulu di mana mahukan isteri yang tidak bekerja.Tetapi,dia mengerti bahawa aku minat untuk mendidik dan kerjayaku juga mulia bersamanya,
"Masih teringatkan dia? Sayang menyesal menerima abang?" Dia melabuhkan punggungnya di sisiku. Kain Samping yang kemas melilit pinggang dilonggarkan dan disangkut di bahu. Kadang-kadang aku masih tidak percaya, dia kini menjadi milikku. Impianku selama ini menjadi kenyataan. Seakan aku sedang dibuai mimpi. Mimpi ini sangat indah.
"Abang cemburu?"Tanyaku mengusik.
"Cemburu dan rasa bersalah kerana memaksa Nia melupakan lelaki itu,"Katanya jujur. terasa mataku basah. Basah dek air mata gembira.
"Maafkan abang,Sayang"Haris menyeka air mataku yang turun ke pipiku.
"Abang tak bersalah! Kini Nia milik abang. Tiada lelaki lain lagi di hati Nia," ucapku.
"Tapi sayang menerima abang kerana terpaksa dan tanpa relakan," dia bangun dari duduknya. Seperti menghindar dariku.
"Abang, abanglah lelaki itu. Lelaki yang Nia puja selama ini.Nia sebenarnya sudah lama jatuh hati kepada abang tetapi abang kerap mendesak untuk mengetahuinya.Nia malu mahu mengaku perasaan ini terhadap abang kerana masa itu abang mencintai Anis," dia pantas merenungku seolah tidak mempercayai rahsia yang ku buka itu. Mataku dan matanya berpandangan. Aku mengangguk menyakinkan. Matanya tersenyum. Bibirnya tersenyum.
“Abang Pun Cintakan Nia”.Lafaznya Ikhlas.Aku membalasnya dengan senyuman malu.
Bahagia kian kurangkul,semoga jodoh ini berkekalan.Cinta pula semakin bersemi.Itulah Kasih dalam Hati.
-Tamat-

Cerpen ini sekadar imaginasi penulis.Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia.





seloka

Seloka
Cerita Bertuahnya Anak Mak Timah

Bertuahnya anak Mak Timah,
Belajar pandai sampai menara gading,
Kerja besar gaji besar,
Bini cantik kereta antik.
Rumah pula tepi bukit
Mak Timah yang juga kini sakit-sakit.

Bertuahnya anak Mak Timah,
Kerja sana Kerja sini
Dalam negeri luar negeri
Kampung laman tidak dipeduli
Ayah sakit ibu mati apa peduli,
Buat duit atas duit.

Bertuahnya anak Mak Timah,
Baju Segak Tampil bergaya,
Baju Mak Timah koyak seluar carik
Menghitung nasib diri,
Bertuah sungguh anak Mak Timah.

Bertuah anak Mak Timah,
Tidaklah kini mengenal asal usul,
Meninggalkan segalanya disisi,
Dan hilangnya jati diri,
Bersikap lupa daratan tanpa mengenal dosa.
Bertuah anak Mak Timah,
Melupakan ibunya di sisi,
Tetapi ingatlah anak Mak Timah,

Bahawa azabmu bakal menunggu di sana.

Pantun 2 Kerat

Pantun Dua Kerat
Pergi kedai beli sepatu,
Hati kita tetap bersatu.

Termenung ke luar jendela,
Hatiku tidak rela.

Pergi berjoging kakiku lenguh,
        Jati diriku tetap teguh.

Beli barang secara pukal,
        Jadi orang jangan nakal.

Kebahagiaan saat indah di dunia,
        Hidup kita hanya sementara di dunia.

Ikatan perhubungan kita sangat rapat,
Sememangnya kita adalah sahabat.


Sajak Pengalaman

Sajak: Pengalaman
Sambil merenung ke langit,
Paradigma yang kehijauan,
Dilitupi kabus kesejukan,
Nyaman rasanya.

 Ku lihat kedepan,
Tidak akan menoleh ke belakang,
Tidak akan berputus asa,
Dan akan terus mara ke hadapan.

Tetap berusaha walaupun jatuh,
Pengalaman dicari demi masa depan,
Pengalaman mengajar kita ,
Pengalaman mematangkan kita.

Oleh itu,
Carilah pengalaman  yang berguna,
Pengalaman terindah,
Pengalaman terperit,
Semuanya mematangkan mentaliti.






Sajak berunsur Romantis.Sajak Tanda Cinta Dan Sajak Luahan Hati

TANDA CINTA

Di saat kau lafazkan cinta,
Hatiku merasa terkilan,
Di saat kau begitu cinta,
Makin Terasa hatiku.

Kau indah dengan gayamu,
Senyummu membahagiakanku,
kau sinar kehidupanku,
Itulah cinta sinaran hidupku.,

Semakin lama kenangan terukir,
Terciptalah memori cinta,
memori indah kita berdua,
Sehingga ke penghujung cinta.

Menyingkap Kenangan kita bersama,
bersama utuh tetap bersatu,
kau dan aku sentiasa bersama,
diijabkabulkan bersama,
membina cinta bahagia
Itulah tanda cinta.




















LUAHAN HATI

Senyummu memukau kalbuku,
Percakapanmu memikat nuraniku,
 Matamu bersinar sinaran kasih.
Tapi,apakan daya kasihku,

 tergantung bagai sayap yang patah.

Tulusnya diriku mencintai dirimu,
Perasaan itu hadir tanpa diduga,
Meski diriku tahu cinta itu buta ,
Ku tetap sembunyikan kasih ini di dalam hati.

Mulanya diriku tersentak,
Hatiku berdebar kencang,
Aku tidak tahu bagaimana cinta ini mula bersemi,
Sukar untuk diriku jatuh cinta,
Tetapi dengan dirimu,
Senang untuk hatiku menjadi milikmu.

Magisnya perasaan cinta,
meski ku tahu cinta ini tak mungkin bersatu,
Ku tetap sembunyikan kasih dalam hati
Jiwa ragaku pula bagaikan dicarik,
sikap diinginmu kini hancurkan hatiku,
Aku tahu cinta ini sakit.

Seribu maaf kerana aku mencintaimu.
Ku sembunyikan kasih ini,
hilanglah bersama bunyi hembusan angin,
ku rela korbankan perasaan ini
Meski aku terpaksa melupakanmu,




Sunday 22 September 2013

KEHIDUPAN

Syair: Kehidupan

Assalamualaikum ucap jiwa di dalam hati
Ku panjatkan doa berharap kepada ilahi
Mengetuk pintu sebagai tamu ilahi
Berharap diterima sebagai pejuang nanti.

Tanpa busana kebanggaan pada diri,
Akankah jiwa ini dihormati,
dan tidak dipandang setengah hati
Kukatakan padamu di dunia ini perlu berhati-hati.

Kemewahan tidak membuat jiwa mulia,
Tanpa wang pun manusia boleh menjadi mulia
Bukankah jiwa datang tanpa harta,
Kesopanan diri harta diri yang paling mulia.

Yang Maha Kuasa mewariskan Syurga dan neraka,
Bagi Hamba Yang bertaqwa dan durhaka,
Segala Pujian Bagi Yang Maha Kuasa,
Ketenangan jiwa dapat dirasa.

Benakku bertanya mengapa jiwa harus tercipta,
Mengapa jiwa tercipta kalau hanya untuk tiada,
Semua jiwa pasti bertanya mengapa dugaan dikurnia,
Yang Maha Kuasa memberi dugaan namun pasti ada hikmahnya

Kehidupanku katakan kebenaran sejati,
Ku katakan tujuan hidup sejati
Bahawa manusia hanya dicipta memakmurkan dunia ini

menyembah kepada Yang Maha Kuasa dalam kehidupan ini.

Sunday 30 June 2013

Sajak Dunia Remaja

Sajak:Dunia Remaja
Remaja,
Generasi muda yang memuncak naiknya,
Sesetengah ada yang berguna,
Sesetengah ada yang berpeleseran dan tersilap langkah.
Ingatlah,
Setiap langkahmu mencorak kehidupanmu,
Mengukir masa depan yang gemilang atau sebaliknya.

Dunia Remaja,
Dunia yang penuh dengan ranjau yang berliku,
Yang tajam onak dan durinya.
Oleh Itu,
Remaja fahamilah,
Dunia remaja dunia untuk mengenggam kejayaaan,
Bukannya dunia dimana dirimu,
rosak dek durjana  modenisasi,
rosak dek pengaruh anasir luar.

Dunia Remaja,
Paranorma kehidupan remaja,
Mempunyai banyak suka dan dukanya,
Meninggalkan kesan sehingga dewasa,
Justeru,
Manfaatkanlah usia remajamu dengan ilmu,
Gunakan masa remajamu dengan sebaiknya,
untuk bersaing mencapai kejayaan,
untuk membanggakan kedua orang tuamu.





Thursday 28 February 2013

Sajak bertajuk DEBARAN OH DEBARAN


Sajak:Debaran Oh Debaran
Debaran oh Debaran,
Dup dap Dup Dap,
Bunyi jantung berdegup,
Tangan badan pula mengigil kesejukan.
Termenung seketika,
Nafas laju dan nadi kencang,
Kesejukan Di tiup angin sepoi-sepoi bahasa,
Memikirkan nasib yang bakal menimpa diri.

Debaran oh Debaran,
Debaran kini terasa,
Getaran diri yang menggetarkan jiwa,
Perasaan Gementar kini kian menyelubungi diri,
Debaran Gementar oleh satu fenomena,
Bakal melanda setiap calonnya,
Apakah perasaan itu?
Perasaan itu ialah,
Perasaan kecut perut,
Takut dan gelisah yang dialami pelajar,
Apabila tiba masanya untuk diumumkan keputusan SPM.

Debaran oh debaran,
SPM merupakan Sijil Pelajaran Malaysia,
Yang bakal menentukan hala tuju remaja.
Sama ada Berjaya atau sebaliknya,

Debaran oh debaran,
Setelah bertungkus lumus ,
Berusaha Melakukan yang terbaik,
Marilah berserah kepada Tuhan.
Sarwajagat itu,
Bersamalah Memohon doa,
dikurniakan keputusan cemerlang,
Dan Ikhlas menerima apa jua keputusan,
dengan redha dan bersyukur,
Kejayaan pasti akan terukir.