DRAMA:
DUA ALAM AINIMELIDIA
Karya:
Ain Ainnia
Babak
1
Pencerita
: Pada zaman dahulu,di
dalam sebuah istana yang indah di negeri bunian,tinggal seorang puteri cantik
yang bernama Puteri Ainimelidia bersama Raja Iskandariah dan Permaisuri
Bennalia.Puteri Ainimelidia merupakan puteri tunggal kesayangan Raja
Iskandariah dan Permaisuri Bennalia.Puteri Ainimelidia seorang anak yang manja.
Puteri
Ainimelidia:
Ainimelidia sayang Ayahanda dan Bonda.
Raja
Iskandariah : Ayahanda
dan Bonda juga sayangkan Ainimelidia.
Permaisuri
Bennalia: Sudah tentu
kami menyayangi dirimu Ainimelidia.
Pencerita: Di dalam istana bunian juga,terdapat satu
sudut taman bunga yang dipenuhi mawar merah kesukaan Puteri
Ainimelidia.Tambahan pula,Puteri Ainimelidia suka memetik bunga mawar merah di
taman tersebut.
Raja
Iskandariah : Puteriku
sayang,anakanda mahu pergi ke mana?
Permaisuri
Bennalia : Ya
puteriku,anakanda mahu pergi ke mana?
Puteri
Ainimelidia : Ayahanda,Bonda…
Ainimelidia mahu pergi melihat taman bunga mawar di belakang Istana.
Raja
Iskandariah :
Baiklah,hati-hati.Pastikan anakanda pergi bersama pengawal Istana.
Permaisuri
Bennalia: Ya,benar…
anakanda itu puteri kami yang cantik.Tentu ramai sekali yang terpikat dan
keberangkalian untuk diculik itu tinggi.
Puteri
Ainimelidia :
Baiklah,Ainimelidia akan lebih berhati-hati.
Babak
2
Puteri
Ainimelidia :
Wah,sungguh nyaman di Taman Bunga Mawar ini.Gembiranya rasa hatiku ini.
Pengawal
Istana : Manisnya
apabila Puteri Ainimelidia tersenyum.Patik senang melihatnya.
Puteri
Ainimelidia : Eh,ada-ada sahaja tuan hamba
ini.Hehe.Wah,cantiknya bunga mawar merah ini.Kembang sekuntum pada petang
ini.Ingin sekali diri ini memetiknya.
Pencerita
: Tiba-tiba,suatu hari
semasa Puteri Ainimelidia memetik bunga mawar merah,Puteri Ainimelidia terkena
duri mawar tersebut.Kemudian,Puteri Ainimelidia pengsan dan lesap secara
tiba-tiba.Puteri Ainimelidia dipercayai terkena sumpahan mawar merah iaitu
tidak boleh kembali ke alam bunian kecuali selepas menemui cinta sejati
manusia.
Puteri
Ainimelidia : Aduh,sakitnya….Tolong
(hilang dari radar dan lesap secara tiba-tiba).
Pengawal
istana : Eh,kenapa ni
Tuan Puteri…Tolong!
Raja
Iskandariah :Ada apa
ini wahai pengawal istana?
Permaisuri
Bennalia:Ya,ada
apa?Mana puteri kami?Puteri Ainimelidia?
Pengawal
istana:
Sebenarnya,semasa Tuan Puteri Ainimelidia memetik bunga mawar merah di taman
ini,Tuan Puteri telah terkena duri mawar dan tiba-tiba lesap dari sini.Tidak
tahu entah ke mana.
Pencerita: Raja Iskandariah dan Permaisuri
Bennalia tergamam.Mereka tahu akan sumpahan mawar merah tersebut kerana pada
zaman dahulu,seorang bunian sihir yang jahat iaitu Zaroga telah berdendam
dengan Raja Iskandariah yang memutuskan cinta mereka telah bersumpah bahawa
puteri mereka ini akan terkena sumpahan mawar merah dan penawarnya hanya cinta
sejati manusia.
Permaisuri
Bennalia : Kanda,anak
kita Kanda…Sumpahan itu Kanda…(menangis)
Raja
Iskandariah: Kita
terpaksa merelakannya Dinda. Zaroga telah menyumpah anak kita begitu sejak
Ainimelidia lahir lagi.Kita hanya mampu berharap menjumpai Ainimelidia bersama
cinta sejatinya suatu hari nanti.(tertunduk kecewa).
Permaisuri
Bennalia :Kanda….(menangis).Dinda
juga berharap cinta sejatinya mampu membawa kembali anak kita tetapi pada saat
itu kita harus merelakannya menjadi manusia di alam nyata.
Raja
Iskandariah : Benar,sabarlah
dinda.Ini semua percaturan hidup.Marilah mendoakan kebahagiaan puteri kita di
alam manusia iaitu alam nyata.
Pencerita: Raja Iskandariah dan Permaisuri
Bennalia akur dengan kehilangan anak mereka iaitu Puteri Ainimelidia.Mereka
hanya mampu berharap dan mendoakan kebahagiaan anak mereka supaya bertemu cinta
sejati tetapi mereka juga harus akur,Ainimelidia harus tetap di alam nyata dan
bukan lagi di alam ghaib yang bernama alam bunian apabila bercinta dengan
manusia.
Babak
3
Pencerita:
Puteri Ainimelidia
telah sampai ke alam manusia.Dia kini mampu dilihat oleh mata kasar manusia.Dia
telah ditemui di Jalan Chow Kit,Kuala Lumpur.Pada ketika itu,Ainimelidia
kelihatan binggung dan telah dibantu oleh seorang lelaki tampan yang bernama
Danial yang merupakan seorang pengurus sebuah apartmen dan kaya orangnya.
Danial
:Cik,kenapa ini cik?ada
masalah ke?
Puteri
Ainimelidia: Saya
sesat.Sekarang ini saya tidak tahu saya di mana.Encik ini siapa?
Danial:Hmm,cik sesat?cik dari mana
sebenarnya?boleh saya tahu nama cik yang cantik dan manis ini?Oh ini Kuala
Lumpur.
Puteri
Ainimelidia:Kuala
Lumpur?Maksudnya saya di alam manusia?Alam nyata?
Danial:
Mestilah alam manusia
takkanlah alam bunian.Buat lawak pula cik ini.
Pencerita: Puteri Ainimelidia tergamam.Dia terpaksa berbohong tentang identiti
dirinya.
Puteri
Ainimelidia: Saya
Puteri Ainimelidia,boleh panggil Ainimelidia.Saya dari alam….Hmm….dari…
Danial
: Namanya unik.Dari
Shah Alam?Ada tempat tinggal?Kalau begitu mari ke apartmen yang saya sewakan.
Ainimelidia: Ha?Shah Alam?betul lah tu.Tiada tempat
tinggal. Bolehlah..Terima Kasih Encik.
Babak
4
Pencerita:
Ainimelidia telah
bermimpi berkaitan sumpahan mawar merah itu.Dia perlu mencari cinta sejatinya
untuk kembali ke alam bunian.Setelah tiga bulan menginap di apartmen yang
Danial sewakan, Ainimelidia telah bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Semakin hari,Ainimelidia jatuh hati pada Danial. Ainimelidia terhutang budi
pada Danial yang menyewakan apartmennya.Danial akan datang pada hujung minggu
saja untuk melihat Ainimelidia.
Ainimelidia
:Baik sungguh hati
Encik Danial.Haaa..aku jatuh cinta..hehe…mungkinkah dia cinta sejatiku?hehe…lalala(gembira)
Pencerita
:Namun,malangnya suatu
hari Danial telah cuba untuk mencabul kehormatan Ainimelidia dan akhirnya
Ainimelidia lari meninggalkan Danial. Hatinya hancur dan remuk apabila lelaki
yang dicintainya hanya mahu mengambil kesempatan dalam pertolongan yang
diberikan.
Danial: Ting Tong (bunyi loceng pada pintu) Hai,Ainimelidia..
Ainimelidia: Eh,Encik Danial.Masuklah ke apartmen.
Danial: Cantiknya awak pada hari ini.(Sambil
memegang pinggang Ainimelidia)
Ainimelidia
: Encik,apa ni…Encik
Danial….lepaskan saya..Tolong!
Danial
: Saya nak awaklah
layan nafsu saya.
Ainimelidia
: Dasar lelaki tak
guna! (tampar Encik Danial dan lari).
Danial
: Kurang ajar….arghhhh…
Babak
5
Pencerita:
Dua tahun
kemudian,Ainimelidia telah ditawarkan bekerja sebagai model peragaan kerana
kecantikan wajahnya.Selepas balik daripada sesi fotografi,Ainimelidia terlihat
satu iklan saintis terkenal iaitu Dr.Harwish.Lalu Ainimelidia bertemu
Dr.Harwish untuk bertanya penawar sumpahan mawar merah selain cinta sejati.
Ainimelidia: Doktor,bolehkan saya mencari penawar
diri saya?
Dr.Harwish: Penawar?saya seorang saintis sahaja.Ya
penawar apa itu?
Ainimelidia
:Penawar untuk hantar
diri saya ke alam bunian semula.
Dr.Harwish
:Ha?(terkejut dan
merenung mata Ainimelidia dengan panahan cinta).
Ainimelidia: Benar Doktor.Saya ialah puteri bunian
yang mencari cinta sejati manusia.
Babak
6
Pencerita: Hari bersilih ganti,Dr.Harwish sering
memikirkan Ainimelidia.Tiba-tiba,Dr.Harwish melihat pada rekod perjumpaan.Di
situ tertera nombor telefon Ainimelidia.Dr.Harwish menelefon Ainimelidia dan
akhirnya mereka selesa berkawan antara satu sama lain.Dr.Harwish juga telah
jatuh cinta pada Ainimelidia dan menerima bahawa Ainimelidia merupakan puteri
bunian.
Ainimelidia: Doktor,terima kasih kerana memahami
saya selama ini.Saya…
Dr.Harwish
: Sama-sama. Tidak
perlulah panggil saya doktor.Panggil sahaja Abang Harwish.Sebenarnya saya telah
jatuh cinta pada awak,Ainimelidia.
Ainimelidia:
Saya juga turut merasa
seperti itu.Saya cintakan Abang
Harwish.
Dr.Harwish
: Sudikah awak menjadi
isteri saya?
Ainimelidia: Ya saya terima seadanya untuk tinggal
di alam manusia bersama Abang Harwish.
Babak
7
Pencerita: Tiba-tiba suasana menjadi gelap.Mereka
berdua hilang dan ke alam bunian.Akhirnya Ainimelidia berjumpa Raja Iskandariah
dan Puteri Bennalia buat kali terakhir kerana selepas ini Ainimelidia akan
menjadi seorang manusia biasa.
Raja
Iskandariah : Puteriku…
Permaisuri
Bennalia :Ainimelidia,kamu
baik-baik sahaja kan?yang ini siapa ya?
Puteri
Ainimelidia: Ini Abang
Harwish.Cinta Sejati Ainimelidia.Selepas ini kami akan berkahwin dan
Ainimelidia telah bersetuju untuk menjadi manusia biasa dan memeluk agama Islam
dan tidak mengikut budaya kita lagi sebagai orang bunian.
Raja
Iskandariah : Kami
sudah maklum berkaitan hal itu.Maafkan ayahanda.Oh ya,Harwish,jaga puteri kami
baik-baik ya.
Dr.Harwish: Baiklah (tergamam).Akanku jaga dirinya
sepenuh hati.
Permaisuri
Bennalia: Tidak mengapa
Puteriku.Kalau anakanda rindukan kami,pandanglah ke cahaya bulan.Kami akan ada
di situ.Kembalilah ke alam manusia.
Ainimelidia:Baiklah.Marilah Abang Harwish,kita
kembali ke alam nyata.Saya cintakan awak.
Dr.Harwish:Marilah sayangku.Saya juga cintakan
awak.
Pencerita: Akhirnya,Ainimelidia masuk Islam dan
menjadi isteri Dr.Harwish.Sumpahan mawar merah juga terlerai dan Ainimelidia
menjadi manusia sepenuhnya.Kehidupan dua alam ini begitu misteri.Demi sumpahan
dan kerelaan cinta,kehidupan di alam ghaib hanyalah kisah silam Ainimelidia.
Kini,mereka hidup bahagia buat selama-lamanya bersama disulami cinta sejati.
-Tamat-