Tuesday 11 December 2012


Sajak: Sebuah Harapan
Di saat guruh berdentum,
Di saat itu jugalah aku menelaah pelajaran,
Sunyi sambil menghirup udara segar,
Nyaman rasanya.

Tatkala mindaku kosong,
Ku isinya dengan ilmu.
Buku-buku kini menjadi sahabatku,
Sahabat yang paling akrab.

Tatkala jiwa ini resah bagi menempuh peperiksaan,
Ku redakan dengan wuduk,
Sambil menekup muka,
Mengalir air mata,
Ku memohon kepada Yang Maha Kuasa.

Ya Allah,
Berikan aku kejayaan yang besar dalam Peperiksaanku,
Peperiksaan yang merupakan penentu kehidupanku,
SPM yang bakal mengegar otakku,
Mengoncang mindaku.

Setelah bertungkus lumus,
Ku hadirkan sebuah harapan,
Untuk menggapai impian ku,
Harapanku ,
untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012.


Sajak perpaduan


Sajak :Perpaduan
Setiap kali mengorak langkah perpaduan,
Bersama-sama kita mengenggam tangan,
Menempuh suka dan duka bersama,
Menempuh panorama kehidupan menggoncang dunia,
Pancaroba globalisasi yang dilalui dengan sukar,
Namun,kita tetap bersatu dan tegar menghadapi dugaan.
Itulah yang dinamakan Perpaduan.

Perpaduan,
Menjadi simbolik kekuatan Negara,
Seperti sejenis persahabatan yang tak terungkap,
Dengan perkataan,senyuman,lambaian,
Dan mesranya perhubungan.

Melayu,India dan Cina,
Dahulu kala kita bertempur dengan penjajah,
Namun sekarang kita bersama,
 membuka lembaran baru dengan kehidupan yang harmoni.

Walau kita berbeza rupa,agama,dan bangsa,
Biar tak sama budaya dan lenggoknya,
Namun kita seia sekata,
Memacu pembangunan Negara.

Perpaduan itu,
Seperti sejenis ikatan persaudaraan,
Yang Berlandaskan tiga kaum utama di Malaysia,
Dan Merupakan aset terpenting Negara,
Untuk mencapai kemajuan.

Maka,
Kita perlu berganding bahu tanpa mengira bangsa,
Jangan Biarkan peristiwa 13 Mei muncul kembali,
Ingatlah,
Bersatu hati dalam membentuk perpaduan,
Demi kemajuan Negara tercinta.



Sajak Janji Seorang Anak SOLEH


Sajak Janji Seorang Anak SOLEH
Ibu,
Saat kau kesakitan melahirkan ku,
Saat kau membesarkan ku,
Saat Kau sabar dengan karenahku,
Aku tidak mampu membalasnya,
Kerana Jasamu tidak ternilai.

Ayah,
Saat kau mendidikku sebagai anakmu,
Saat kau memberi pengajaran hukuman buatku,
Saat kau tegas denganku,
Ku tetap mengingatimu,
Buatmu ku titipkan doa supaya selalu diberi hidayah kehidupan.

Ayah dan Ibu,
Jasa kalian memang tidak terbalas,
Tanpa kalian siapalah diriku,
Tanpa Kalian tiadalah diriku.

Andai aku ada terkasar bicara,
Mohon ampunkan daku,
Kerana Anakmu hanyalah insan biasa,
Yang tidak pernah terlepas dari kesilapan.

Ayah Dan Ibu,
Anakmu berjanji,
Akan Mengingati dan membalas jasa kalian,
Akan ku ukir senyuman di bibirmu,
Dengan kejayaan dalam kehidupan,
Dan menjadi seorang yang berguna.
Insyaallah,
Akan Ku kotakan Janji itu,
Janji terhadap Ayah Dan Ibu.

Sajak No 1 saya...")


Sajak :”1 Malaysia Membanteras Dadah”
Dadah ,
Tika dulu kau penawar kesakitan,
Namun kini kau telah disalahgunakan,
Hadirmu kini membawa derita
Mendatangkan pelbagai penyakit kronik
Dan mengusung kematian

Dadah,
Kau musuh utama Negara,
Kau penghancur umat manusia,
Kau membuat diri manusia ternoda,
Kau melalaikan manusia,
Menyebabkan manusia hilang kawalan,
Digelar sampah masyarakat,
Sehingga tercampak ke lembah penghinaan,
Yang jauh meninggalkan realiti sebenar.
Malaysia,
Negara maju yang kini pesat membangun,
Negara harmoni dan aman damai,
Terdiri daripada berbilang kaum,
Yang gah di persada dunia.

Tetapi malangnya,
Apabila virus dadah menular,
Negara akan mundur,
Kehilangan modal insan cemerlang,
Kebuntuan akal fikiran,
Dan rosaknya masa depan seseorang individu.

Oleh itu,
Ingatlah dan sedarilah,
Wahai rakyat Malaysia,
Dadah itu perosak bangsa,
Bagai racun berbisa dalam hempedu,
Yang perit dan pedih rasanya.



Tegasnya,
Jika kita sayangkan Negara kita,
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Ayuhlah kita berganding bahu,
Tidak kira agama,bangsa dan rupa,
Bersama-sama membanteras dadah.

Justeru itu,
Marilah kita berikrar,
Untuk menjauhi dadah bak najis itu,
Bagi merealisasikan impian Negara,
Untuk bebas dari cengkaman dadah.

Ayuh rakyat Malaysia,
Mari kita kotakan janji itu,
Untuk memikul satu tanggungjawab,
iaitu 1 Malaysia membanteras dadah,
1 Malaysia membanteras dadah,
1 Malaysia membanteras dadah.


Hasil  Nukilan: Nurul Ain Bt Mohd Jalani




Sajak Dunia remaja


Sajak:Dunia Remaja
Remaja,
Generasi muda yang memuncak naiknya,
Sesetengah ada yang berguna,
Sesetengah ada yang berpeleseran dan tersilap langkah.
Ingatlah,
Setiap langkahmu mencorak kehidupanmu,
Mengukir masa depan yang gemilang atau sebaliknya.

Dunia Remaja,
Dunia yang penuh dengan ranjau yang berliku,
Yang tajam onak dan durinya.
Oleh Itu,
Remaja fahamilah,
Dunia remaja dunia untuk mengenggam kejayaaan,
Bukannya dunia dimana dirimu,
rosak dek durjana  modenisasi,
rosak dek pengaruh anasir luar.

Dunia Remaja,
Paranorma kehidupan remaja,
Mempunyai banyak suka dan dukanya,
Meninggalkan kesan sehingga dewasa,
Justeru,
Manfaatkanlah usia remajamu dengan ilmu,
Gunakan masa remajamu dengan sebaiknya,
untuk bersaing mencapai kejayaan,
untuk membanggakan kedua orang tuamu.




Pantun Keazaman Diri

Di sini adalah Pantun Rekaan Saya Sendiri

Pantun nasihat
Tajuk:Keazaman diri

Pijak galah sambil berdiri,
   Rupanya hujung sudah patah, ,
Banyakkan usaha kepada diri,
   Masa kita muda dan mentah.

Pergi restoran untuk makan,
   Lepas kenyang tidak bermaya,
Diri kita penentu masa hadapan,
   Sama ada baik atau sebaliknya.

Menangkap haruan di nun jauh,
   Tertangkap juga ikan sembilang,
Berkat usaha  bersungguh-sungguh,
   Pasti genggam kejayaan cemerlang.

Ayam dimasak lauk kari,
   Jadi hidangan keluarga tercinta,
Teruskan usaha berjaya lagi,
   Menjulang nama di universiti tercinta.
.
Bijih timah banyak dilombong,
   diproses pula untuk diguna,
Sudah berjaya janganlah sombong,
   malah,jadilah orang yang berguna.

Ayam jantan suaranya lantang,
   Adanya sayap tak dapat terbang;
marilah kita dari detik sekarang,
   Berazam untuk menjadi cemerlang.

Cikgu mengajar di sekolah,
    Diberi soalan disuruh cuba sendiri,
Jangan kita cepat mengalah,
    Sebaliknya tanamkanlah keazaman diri.