Tuesday 11 December 2012

Sajak No 1 saya...")


Sajak :”1 Malaysia Membanteras Dadah”
Dadah ,
Tika dulu kau penawar kesakitan,
Namun kini kau telah disalahgunakan,
Hadirmu kini membawa derita
Mendatangkan pelbagai penyakit kronik
Dan mengusung kematian

Dadah,
Kau musuh utama Negara,
Kau penghancur umat manusia,
Kau membuat diri manusia ternoda,
Kau melalaikan manusia,
Menyebabkan manusia hilang kawalan,
Digelar sampah masyarakat,
Sehingga tercampak ke lembah penghinaan,
Yang jauh meninggalkan realiti sebenar.
Malaysia,
Negara maju yang kini pesat membangun,
Negara harmoni dan aman damai,
Terdiri daripada berbilang kaum,
Yang gah di persada dunia.

Tetapi malangnya,
Apabila virus dadah menular,
Negara akan mundur,
Kehilangan modal insan cemerlang,
Kebuntuan akal fikiran,
Dan rosaknya masa depan seseorang individu.

Oleh itu,
Ingatlah dan sedarilah,
Wahai rakyat Malaysia,
Dadah itu perosak bangsa,
Bagai racun berbisa dalam hempedu,
Yang perit dan pedih rasanya.



Tegasnya,
Jika kita sayangkan Negara kita,
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Ayuhlah kita berganding bahu,
Tidak kira agama,bangsa dan rupa,
Bersama-sama membanteras dadah.

Justeru itu,
Marilah kita berikrar,
Untuk menjauhi dadah bak najis itu,
Bagi merealisasikan impian Negara,
Untuk bebas dari cengkaman dadah.

Ayuh rakyat Malaysia,
Mari kita kotakan janji itu,
Untuk memikul satu tanggungjawab,
iaitu 1 Malaysia membanteras dadah,
1 Malaysia membanteras dadah,
1 Malaysia membanteras dadah.


Hasil  Nukilan: Nurul Ain Bt Mohd Jalani




3 comments:

  1. memohon kebenaran menggunaka sajak ini untuk dideklamasikan pada pertandingan sajak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mintak maaf boleh saya nak salin sajak untuk pertandingan anti Fatih

    ReplyDelete