Monday 11 November 2013

seloka

Seloka
Cerita Bertuahnya Anak Mak Timah

Bertuahnya anak Mak Timah,
Belajar pandai sampai menara gading,
Kerja besar gaji besar,
Bini cantik kereta antik.
Rumah pula tepi bukit
Mak Timah yang juga kini sakit-sakit.

Bertuahnya anak Mak Timah,
Kerja sana Kerja sini
Dalam negeri luar negeri
Kampung laman tidak dipeduli
Ayah sakit ibu mati apa peduli,
Buat duit atas duit.

Bertuahnya anak Mak Timah,
Baju Segak Tampil bergaya,
Baju Mak Timah koyak seluar carik
Menghitung nasib diri,
Bertuah sungguh anak Mak Timah.

Bertuah anak Mak Timah,
Tidaklah kini mengenal asal usul,
Meninggalkan segalanya disisi,
Dan hilangnya jati diri,
Bersikap lupa daratan tanpa mengenal dosa.
Bertuah anak Mak Timah,
Melupakan ibunya di sisi,
Tetapi ingatlah anak Mak Timah,

Bahawa azabmu bakal menunggu di sana.

No comments:

Post a Comment