Wednesday 23 April 2014

Sajak Lautan Ilmu

LAUTAN ILMU

Kata Orang,
Ilmu itu pelita hidup,
Bagi aku,
Ilmu itu lautan tanpa tepian
Aku perlukan rakit
Mungkin juga sampan
Aku perlukan pendayung
Juga layar mengerbang
Dijadikan kenderaan untuk berlayar
Bahtera telah aku labuhkan
Penat lelah ku dayung di lautan ini
Namun pantainya tiada samar kelihatan
Kadang-kadang aku rasakan sudah jauh perjalanan
Lalu ku toleh ke belakang
aku mengeluh,
Terlalu sikit bekalan ilmu buat mata
Masih banyak perlu diteroka,
aku akan tewas di lautan ilmu,
Jika aku penat dan mengalah,
aku akan berjaya di lautan ilmu jika aku beramal dengan ilmu,
kerana ilmu tanpa amal adalah dusta semata.

No comments:

Post a Comment