Wednesday 8 February 2017

Perbezaan Suka,Sayang dan Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca blogku yang setia.
Pada entri kali ini,saya nak berkongsi berkaitan isu apa itu perbezaan antara suka,sayang dan cinta.
Isu ini mungkin tidak asing lagi.Mungkin ada yang dah tahu apa itu suka,apa itu sayang dan apa itu cinta.Tetapi saja je sebagai coretan saya untuk berkongsi berkaitan pandangan saya.

Kalau dibincangkan soal suka ini,iaitu hanya sekadar suka dan lebih tertarik kepada fizikalnya semata-mata walaupun tanpa mengenalinya.Contohlah,eh cantiknya dia,lepastu rasa suka.Sebenarnya suka pada rupa ini tidak kekal.Bila anda nampak yang lebih cantik lagi dan lagi,anda akan terus mencari.Anda tidak akan pernah merasa puas kalau asyik suka mencari kecantikan sebab cantik itu subjektif.Bila nampak dia cantik,suka dia.Bila nampak eh cantik lagi,suka dia pula.Sebab itu wujud istilah "playboy".Sebab apa?sebab suka-suka sahaja mempermainkan perasaan wanita.Perasaan wanita ini sebenarnya lemah.Rapuh.Hati wanita ini lembut.Kalau yang rasa kuat hatinya itu,sebab dia pernah merasai apa itu kesedihan,Kalau suka,tolonglah suka dengan ikhlas dan bukan kerana sebab tertentu.Suka ini boleh berubah.Contohnya,hari ini kita suka makan nasi,esok lusa kita suka makan bihun pula.Suka ini tidak tetap.Suka juga adalah apabila anda dapat hatinya,anda akan rasa untung dan anda hanya memanfaatkan dirinya sebab suka sahaja.

Beralih pula kepada soal Sayang? Ramai pasangan yang suka mengungkapkan perkataan Sayang pada pasangannya.Saya sayang awak.Tapi mereka tahu tak apa itu sayang?Sayang ini apabila kita melihat seseorang dengan hati kita.Hati kita dah mula sayang pada dia.Maka,kita akan merasakan bahawa dia adalah insan yang boleh untuk bersama-sama melayari kehidupan ini suatu hari nanti.Sayang ini ialah satu perasaan unik yang bukan boleh ditipu.Sayang juga boleh berubah dan tidak kekal.Jangan kata anda sayang pada Si A tetapi esok lusa sayang itu boleh beralih pada Si B.Sebab apa?Sebab sayang itu hanya sekadar sayang saja.Sayang ini juga bila anda ada waktu dia memerlukan.Waktu dia patah semangat.Tetapi sayang itu hanya sekadar sayang kerana perasaan sayang itu boleh tawar dan memudar andai sayang tetapi tidak berada di sisinya saat dia memerlukan dirimu.

Seterusnya cinta. Apa yang dikatakan cinta?Cinta ini tidak semestinya cinta kepada sesama insan,tetapi cinta kepada Ilahi,cinta kepada kedua-dua ibu bapa,kepada keluarga dan kepada pasangan kita.Apa itu cinta?Orang kata cinta ini bukan hanya memberikan harapan tetapi erti kepastian bahawa hati kita ini milik dirinya.Cinta ini apabila anda akan menemaninya walau apa pun situasi yang berlaku.Bukan membiarkan orang yang anda cintai itu keseorangan dan berdikari tanpa cinta anda.
Cinta itu bukan hanya sekadar ungkapan.Cinta ini harus disemai dengan kejujuran dan keikhlasan.Cinta ini tidak boleh ditipu dan setiap masa kita akan setia kerana kita sememangnya mencintai dia.Cinta ini juga bila kita ada saat dia sedih,saat dia kurang bersemangat dan saat dia suka dan gembira.Cinta ini juga harus dilengkapkan dengan ikatan yang sah.Tetapi cinta sahaja tidak cukup bagi pasangan yang berkahwin kerana cinta memerlukan kematangan dan tanggungjawab seseorang itu.Kalau kita cintakan dia,kita akan merasai bahawa ada kekuatan apabila dia menemani diri kita.Cinta sesama manusia ini tidak kekal namun andai ada keikhlasan dan selalu memberi dan menerima, cinta itu akan selalu mekar dan cinta itu lebih indah andai disemai kepada tujuan yang satu iaitu cinta kepada Ilahi.Sekiranya kita mencintai seseorang itu kerana Tuhan yang maha Esa(Allah),kita harus mendoakan dirinya.

Ada orang kata,cinta ini menyakitkan.Betul ke?Ya,apabila kita memilih untuk mencintai dia,percayalah pasti akan ada kesakitan.Mengharapkan kedua-dua hati untuk setia itu,memerlukan kejujuran dan saling memahami dan bertolak ansur.Kalau pasangan anda,tidak sukakan apa yang anda lakukan,ubah dan seharusnya tidak melakukannya lagi.Beri rasa pasangan yang anda cintai itu bahagia dan gembira bersama anda.Bukannya berterusan melakukan kesalahan demi kesalahan yang membuatkan pasangan anda itu terluka.Belajar memujuk dan menghargai apabila pasangan anda itu tidak gemar akan sikap anda.Bukan membiarkan pasangan anda itu sendirian menahan luka dan derita.Kalau anda cinta,jika pasangan anda melakukan kesalahan,anda akan memaafkan dan memberi rasa saling memerlukan.

Kenapa orang zaman dulu kalau bercinta,mereka akan kekal sehingga sekarang walaupun ada dugaan?Berbanding orang sekarang yang baru disemai perasaan cinta itu,dah terhenti di tengah jalan?
Orang zaman sekarang hanya cinta sahaja tetapi tidak bertanggungjawab malah tidak saling membahagiakan antara satu sama lain.Sebab itu statistik penceraian itu tinggi zaman sekarang.Cuba belajar bertolak ansur antara satu sama lain.Orang zaman dulu mereka mementingkan tanggungjawab dalam percintaan.Mereka mencintai dengan sepenuh hati dan ikhlas untuk bersama-sama membimbing menjadi lebih baik.Jangan juga membuatkan seseorang itu jatuh cinta,andai anda tidak ada niat untuk bersama-samanya melayari kehidupan ini.Pilihlah seseorang yang mencintai anda,bukan anda yang melebih tetapi dia tidak menunjukkan usaha dalam mencintai anda.Percayalah,cinta yang sejati itu bermula dari hati yang bersih.

Sekian sahaja untuk entri kali ini,
moga kita berjumpa untuk entri akan datang.
Sekadar coretan travelog hatiku.
Senyum Sebaris :)

Yang Benar,
Ain Ainnia

Thursday 2 February 2017

CARA MERAPATKAN PERSAHABATAN LAMA



Hai,Assalamualaikum semua pembaca blog saya yang setia.
haaa..ni saya nak berceloteh ni..Hehe,Baiklah. 
dalam entri kali ini,saya nak kongsikan pelbagai tips untuk merapatkan persahabatan lama
 seseorang itu.
Tipulah kalau dalam dunia ini,ada orang yang boleh hidup sendiri tanpa sahabat.
Sahabat ini ada pelbagai jenis.Kata orang,pilihlah sahabat yang baik untuk ke jalan yang baik.

Ada sahabat yang jenis baik depan tapi belakang kutuk kita macam-macam.Tu bukan sahabat tu melainkan pendengki kita semata-mata.Hiraukan saja orang yang begitu.Kalau nak berkawan,Kawan saja.kalau tak puas hati cakap depan-depan,Huhu.

Ada juga sahabat yang baik tapi tak selalu jumpa namun tetap mengingati sahabat lamanya.
Itu yang dikatakan sahabat setia walaupun dah lama meninggalkan jejak persekolahan.
Baiklah,nak tahu kawan anda tu layak digelar sahabat atau tidak ialah apabila tamat persekolahan tau tamat zaman Universiti,mereka tetap menghubungi diri anda walaupun bukan selalu namun ada untuk bertanya khabar,Itu baru dikatakan sahabat setia.




Baiklah,kalau jumpa kawan-kawan lama ini,kadangkala kita rasa teruja.Jadi,cara untuk merapatkan persahabatan lama ini ialah saling bertanya khabar,saling mengingati antara satu sama lain dan bila ada waktu lapang,mereka yang dikatakan sahabat ini sanggup meluangkan masa bersama-sama sahabat mereka.Janganlah bila setiap kali diajak keluar,ada saja alasan yang diberikan.Tak ada masalah,tak free lah,tak itu lah tak inilah,Banyak sungguh alasan.Jangan begitu ya,

Haa..kalau nak rapatkan lagi ukhwah persahabatan yang lama ini.Apabila setiap kali berjumpa,cubalah kelainan.Sebab kami selalu bila berjumpa,mesti keluar ke shopping mall.Pusing-pusing saja shopping mall tu.Kali ini kami tampil dengan kelainan.Apa yang saya dan sahabat lakukan ini ialah kami merancang untuk melakukan picnic santai.


Apa yang kami lakukan ialah kami mewajibkan setiap daripada kami membawa makanan yang dimasak di rumah dengan kata ala-ala pot luck. Lalu setelah kami berjumpa,kami akan makan bersama-sama dan berbual antara satu sama lain.Bolehlah nak buat meriah kalau nak tambah belon ke,topi buat party tu ke..haha..Bolehlah jadi lebih meriah dengan gelak tawa bersama di tempat tak semestinya pantai.Mungkin di tasik atau taman rekreasi yang lebih menarik.Macam kami, kami lakukan picnic bestfriends party ini di Tasik Y, Batu Pahat,Johor.Itulah salah satu cara merapatkan persahabatan lama bersama dan jujur,detik ini merupakan detik terindah yang manis.Baiklah,sekian sahaja untuk entri kali ini.Kalau saya ada masa untuk kongsikan sesuatu,insyaallah akan saya coretkan di dalam blog ini, :)

Senyum Sebaris :)

Yang Benar,
Ain Ainnia