Tuesday 17 June 2014

Puisi:Segulung Ijazah

SEGULUNG IJAZAH

Sebelum panas dan sejuk menyapa musim,
Sebelum dedaun dan kelopak bunga jatuh bertempiaran,
Sebelum warna dunia kian pudar,
Segera tuntutlah ilmu,
Gapailah segulung Ijazah.

Segulung Ijazah bukan mudah untuk digapai,
Tanpa usaha segalanya musnah,
Tanpa kesabaran segalanya tidak bermakna,
Untuk menggapai ijazah itu,
Pelbagai rintihan dan dugaan,
Pelbagai gelak dan ketawa ,
Bakal dirasai dan perlu dihadapi
Bagi menunggu musim kejayaan itu

Segulung Ijazah itu dipegang,
Topi kemenangan  itu dilempar,
Ke langit yang membiru penuh awan awangan,
Penuh tawa penuh emosi,
Itulah Hasilnya.

Segulung Ijazah.
Bukanlah fatamorgana tetapi realiti,
antara jutaan takdir itu untuk berjaya,
dikau akanku  gapai.


Puisi Ramadan bulan Mulia

Puisi:Ramadan Bulan Mulia


Betapa malam terduduk sepi,
Betapa Ombak rindukan pantai,
Betapa fajar rindukan embun,
Walau dingin setelah melepaskan hujan,
Betapa matahari menerangi bumi.
memanggang keresahan terik kehidupan,
Betapa bulan menerangi malam
Memberi sinaran embun malam.

Ramadan bulan mulia kian tiba,
Dugaan dan cabaran bakal diberi,
Diuji kekuatan diri dalam bulan ini,
Kawal nafsu diri serta makan dan minum,
Jin dan Syaitan  pula diikat,
namun hati perlulah teguh dengan iman,
Jaga amalan dan sentiasalah bersabar.

Ramadan bulan mulia,
penghulu segala bulan,
Barakah rahmatNya umpama hujan,
Menerangi segala nikmat,
penuh keberkatan dan kemuliaan.

Setiap detik usah dipersiakan
Setiap detik bulan ini amat bermakna.
Saudara muslimin muslimat sekalian,
Ramadan bulan mulia,
Salam Ramadan diucapkan.


Cerpen Titisan Air Mata Taubat Di Tali Gantung

Cerpen:Titisan Air Mata Taubat Di Tali Gantung
Karya : Ain Ainnia
Setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan begitu juga dengan seorang lelaki yang bernama Amar. Selepas solat,dia termenung seketika sambil muhasabah dirinya.Dia tidak mahu mengingati zaman silamnya.Kini,dia  benar-benar insaf dengan perbuatan dan dirinya dahulu.Tambahan pula,bunga-bunga kubur sering muncul dalam mimpinya.Apakah itu tanda ajalnya semakin hampir?Dia redha namun jauh di sudut hatinya dia mahu memperbaiki diri dan menebus dosanya dahulu sebelum ajal menjemputnya kerana dia ingin mati dalam iman.

“Maafkan Abang,Mariam,…Maafkan Abang”.

Air mata deras jatuh di pipi Amar.Keegoan sebagai lelaki yang membuak-buak dahulu kala telah terpadam dengan sendirinya sejak kematian isterinya,Arwah Mariam.
“Maafkan Abang,Mariam…Abang tahu semua ini salah abang.Abang tak boleh maafkan diri abang.Maafkan Abang”…Kata-kata maaf yang ikhlas dituturkan Amar ketika bermuhasabah diri selepas solat subuh.

      Namun semuanya hanya tinggal kenangan.Isterinya telah meninggal dunia kerana keguguran anak kedua hasil perkahwinan mereka.Perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja dan Arwah Mariam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada ulang tahun ke-8 perkahwinan mereka.Kini,telah 3 tahun Arwah Mariam meninggalkannya namun Amar masih tidak dapat melupakan kejadian yang menyebabkan arwah Mariam dan anaknya meninggal dunia.

“Maafkan Abang,Mariam…Maafkan Ayah,Siti”Rintih Amar di atas sejadah.

Arwah Mariam meninggalkan seorang anak perempuan kepada Amar iaitu Siti tetapi Siti juga telah meninggal dunia bersama ibunya semasa peristiwa hitam itu berlaku.

Amar hanya tertunduk menyesal apabila terkenangkan peristiwa hitam itu sambil menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang terakhir di penjara.

 ************************************************************************************************
Dahulu,Amar sering memukul Siti ketika Siti masih berusia 5 tahun.Amar menjadi seorang ayah dan suami yang tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anaknya.Dengan istilah lain,Amar kejam.Dia sanggup memukul isterinya,Mariam sentiasa setia menunggunya setiap malam pulang ke rumah.

“Hahahaha..Huhu,aku menang pertaruhan ini.Ya,aku menang.Hadiah aku mana?”Kata Amar yang digelar raja Judi pada masa dahulu.

“Haha”Kau hebatlah Amar.Raja Judi..Itu,hadiah kau.Duit 5 ribu dan seorang perempuan.Haha”…kata Kasim teman judi Amar.

“Wah,Perempuan?”Hehe.Seksinya…Haha,Malam ini dia jadi milik aku.Haha.”Kata Amar yang bukan sahaja raja judi malah kaki perempuan.Dahulu,dia menjadikan perempuan ini hanya sebagai tempat melampiaskan nafsunya.Dia tidak berperikemanusiaan.Hanya mengingat nikmat dunia dan mengikut nafsu sahaja.

“Ya,perempuan ni kau boleh bawalah.Kan Sally.Nama dia Sally.Haha,Amar,bini kau dekat rumah itu kau nak buat apa?”Tanya Abu yang juga teman judinya.

“Ala,apa nak kisah,nanti aku bawa si Sally ni balik rumah akulah”bini aku itu kolot,dia tak akan berani halang aku”.Kata Amar tanpa perasaan.

“Hai Sally”.Sapa Amar.

“Hai” Jawab Sally yang merenung tajam mata Amar dengan penuh godaan.

“Malam ini awak ikut saya ya Sally”Kata Amar dengan gagahnya.

“Boleh,Saya tak kisahlah sayang.Asal awak bayar sayalah juga.Memang pertaruhan tapi bagilah duit komisen.Hehe”Jawab Sally dengan manja.

“Haha,Baguslah,tiada masalah”Jom balik rumah saya”Pelawa Amar.

Lalu Amar beredar dengan motosikalnya bersama Sally.Sebenarnya,Sally nama asalnya ialah Salmiah gadis kampung dahulunya namun sejak berpindah di Bandaraya Kuala Lumpur  dia telah ditipu oleh agensi pekerjaan lalu terpaksa menjual harga dirinya sebagai seorang pelacur.Sally juga ialah Salmiah yang dulunya hanya seorang gadis yang cinta kepada Amar iaitu kekasih Amar tetapi hatinya hancur kerana Mariam telah berkahwin dengan Amar atas pilihan keluarga.Sebenarnya,Amar dan Salmiah dahulu adalah pasangan kekasih di kampung.Namun,Amar tidak mengenalinya sekarang kerana dia telah berubah imej daripada berbaju kurung akhirnya menjadi seorang wanita yang seksi iaitu tidak menutup aurat dengan sempurna.Dengan kata lain,pakaiannya ketat bagai nangka busuk sehingga susuk tubuhnya dapat dilihat.

       Dahulu,Amar telah dipaksa berkahwin dengan Mariam oleh kedua ibu bapa Amar kerana Mariam anak yatim piatu yang tinggal di kampung.Kedua ibu bapa Amar berkenan dengan Mariam untuk dijadikan menantu lalu meminangnya.Pada ketika itu Amar memberontak dan terpaksa akur lalu memutuskan perhubungannya dengan Salmiah.Amar hanya Mamat Motor Kampung yang hanya tahu berjudi,ibu bapanya pula semakin risau dengan perangai anaknya itu lalu mengahwinkan Amar dengan Mariam supaya Mariam boleh menjaga dan mengubah perangai Amar.

     Selepas setahun perkahwinan Amar dan Mariam,Ibu bapa Amar meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah menantunya untuk menziarahi Mariam yang sedang dalam pantang melahirkan Siti,cucu mereka yang pertama.
Amar memang dari dahulu tidak suka dengan Mariam.Dia hanya dipaksa mengahwini Mariam oleh kedua ibu bapanya.Selepas kematian kedua ibu bapanya,dia melayan Mariam dengan kasar dan dijadikan hamba bukannya gelaran isteri yang sepatutnya dilindungi dan disayangi oleh seorang suami.

“Eh,Mariam,kaulah penyebab mak bapak aku meninggal,Kau tahu tak”Kata Amar dengan kasar terhadap Mariam.

“Abang,mungkin sudah ajal mereka abang,Kenapa salahkan Mariam bang”?Rintih Mariam.

“Ya,memang salah kau.Mak bapak aku kemalangan sebab nak jumpa kau lepas bersalin dan disebabkan budak kecil inilah..Arghhh...bisinglah dia menangis,menyusahkan aku! Eh,Mariam kau dengar sini, aku tak lepaskan kau sebagai isteri bukannya aku sayangkan kau tahu tak…tapi sebab aku nak kau menderita dan hidup sengsara dapat suami macam aku.Baru padam muka kau.Haha.Kau kena jadi hamba abdi aku selamanya.”kata Amar tanpa simpati kepada Mariam.

“Abang,apa salah Mariam bang,ini anak kita,Siti.Abang mengucap bang.Semuanya takdir Allah.Abang,terimalah saya abang sebagai isteri yang patut disayangi.Saya sayangkan abang”,Rintih Mariam.

“Apa kau kata?Sayang?Aku tak pernah sayang kau.Anak itu pun penyebab segalanya.Aku hanya nak kau jadi hamba zahir batin aku”.Faham! Tengking Amar kepada isterinya.

         Air mata wanita yang bernama Mariam jatuh tanpa disedari.Dia seorang wanita yang sangat tabah.Mariam sedar bahawa syurganya terletak di bawah tapak kaki suaminya.Dia ingin menjadi seorang isteri yang setia kepada suaminya.Makan dan minum suaminya dijaga dengan rapi walaupun suaminya sering memukul dan tidak menghargai dirinya.Demi Siti,dia sanggup menahan duka itu kerana dia ingin Siti membesar dengan mempunyai seorang Ayah.Dia sering berdoa agar suaminya berubah.Baginya,dia harus menerima suaminya dengan rela dan berlapang dada.
“Sally,inilah rumah saya,Jom”Pelawa Amar.

“Abang,Ya Allah,Siapa perempuan ini?Abang,siapa dia bang?Kenapa bawa balik rumah ini?Dosa bang.Ingat Allah.Saya masih ada, abang.Jangan abang melakukan perbuatan maksiat di rumah ini abang.”Rayu Mariam.

“Arghh,suka hati aku lah.Kau sibuk kenapa?Tepi sana.Malam ini kau tidur luar.”Perintah Amar dengan kejam.

“Jangan,Abang!”Rintih Mariam namun tidak diendahkan oleh Amar.

Amar membawa masuk Sally ke kamar tidurnya lalu melakukan maksiat.Manakala,isterinya berada di luar rumah menangis memikirkan nasib dirinya.Sungguh kejam insan yang bernama Amar tika itu.

Keesokan paginya,Amar terjaga dari tidur dan melihat Sally tiada di sisinya dan terlihat nota yang ditulis oleh Sally…
Amar,sebenarnya sayalah Salmiah Kekasih awak dulu.Saya ambil duit awak sikit ya.Kita jumpa lain kali ya. Telefonlah saya nombor 01134567890.Sayangmu Salmiah.

Lalu,dia keluar dan memarahi isterinya,Mariam.

“Mariam,Kau halau Sally ya,berani kau”.Suatu tamparan di muka Mariam.

“Abang,sudahlah abang.Saya tak halau dia.Dia yang pulang pagi tadi.Abang insaflah,bertaubatlah,jangan lakukan maksiat Abang.”Rayu Mariam.

“Kau Diam!”tengking Amar.

Pada keesokan harinya.Amar berjumpa dengan Sally di sebuah Restoran Mamak.

“Jadi,awak Salmiah?”Tanya Amar kepada Sally.

“Ya,sayang…ini saya Salmiah.”Jawab Sally.

“Rindunya saya dekat awak.Mana awak pergi selama ini?Mengapa awak jadi begini”?

“Panjang Ceritanya.”Lalu Sally menerangkan segalanya kepada Amar.

“Tak apa,Saya akan kahwin dengan awak dan menceraikan perempuan tak guna dekat rumah saya itu.Saya sayangkan awak Salmiah.”kata Amar kepada Sally.

“Ini peluang aku untuk balas dendam kepada Amar.Cis,kau ingat aku sayang lagi dekat kau Amar.Hanya rasa benci di hatiku.Sebab kau aku jadi begini.Sebab kau.!” Kata Sally di dalam hatinya sambil tersenyum.

Sally berniat untuk membalas dendam kepada Amar disebabkan Amar memutuskan perhubungan cinta mereka sebagai kekasih,Sally atau Salmiah telah dihalau keluar oleh kedua ibu bapanya kerana Salmiah pernah terlanjur dengan Amar lalu mengandungkan anak haram hasil maksiat mereka berdua dahulu kala.Tetapi pada masa itu Amar tidak mengetahui bahawa Salmiah mengandung lalu berkahwin dengan Mariam dan terpaksa memutuskan hubungan dengan Salmiah.

       Kemudian,Salmiah membawa diri bersama hati yang lara ke Kuala Lumpur dan bekerja tetapi telah ditipu menjadi seorang perempuan murahan yang dipaksa menarik perhatian pelanggan di Lorong Haji Taib,Kuala Lumpur.Anak yang dikandungkan pula digugurkan.Salmiah akhirnya menukar nama dan imejnya 
daripada imej kampung kepada wanita moden yang seksi lalu menjadi Sally yang gedik dan miang dengan semua lelaki.

“Aku akan balas dendam Amar! ”Niat Sally di dalam hati.

“Hmm,Awak nak kahwin dengan saya,Amar?,nanti dululah ya”, Sally berdalih.

“Kenapa?Awak tak sayang saya ke?Setelah sekian lama kita terpisah.”Tanya Amar.

“Bukan tak sayang,tapi saya lebih selesa kita berkawan dululah”Pinta Sally yang niatnya ingin membalas dendam kepada Amar sekeluarga.

“Baiklah,tapi kita kahwin juga nanti ya.Saya sayang awak Salmiah,Ala pasal si Mariam itu abang akan halau dia keluar dari rumah bersama budak kecil tu bila kita dah kahwin”Kata Amar dengan kejamnya.

Sally hanya tersenyum.
“Jomlah,kita ke kelab Malam ini.”Ajak Sally.
“Jom kita bersuka ria”.Jawab Amar.

Malam itu Amar dan Sally pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pula.

“Abang,Ya Allah,Taubatlah abang.Hentikan semua ini.Abang minum air kencing syaitan? Ya Allah,ampunilah segala dosa suamiku Ya Allah.Berikanlah Hidayahmu Ya Allah…Abang!”Doa Mariam di hadapan Suaminya.

“Weh,kau diamlah,diam! Sibuk membebel ! Tengking Amar lalu memukul Mariam dan Siti.

“Abang!”Rintih Mariam bersama anak kecilnya Siti.

Amar Dan Sally berada dalam keadaan mabuk lalu melakukan maksiat.Mariam hanya mampu menangis dan menghalang namun tidak dipedulikan oleh suaminya.

Beberapa hari telah berlalu…Amar dan Sally membuat temujanji di tepi tasik.
“Sayang,Auwwcakkk”Usik Amar  terhadap Sally.
“Ish,awak ni Amar,terkejut saya”Kata Sally
“Sayang,Hehe” usik Amar lagi.
“Ya,Abang, Salmiah dah jumpa bomoh dan dah jumpa ubat penawar hati untuk Kak Mariam setuju kita kahwin,tapi, sebelum itu abang bagilah nombor akaun abang untuk Sally bayar ubat ni.”Kata Sally dengan penuh gedik.

“Ubat Penawar Hati?Tak perlulah…Paksa sahaja Mariam setuju kita kahwin atau abang ceraikan dia.”Kata Amar.

“Tak payahlah ceraikan dia.Kita buat dia sengsara tengok kita bermesra.Haha…ala,lagipun ubat ini bagus untuk lembutkan hati perempuan ”Tipu Sally.

Sebenarnya Sally telah berjumpa dengan bomoh yang mengamalkan ilmu hitam.Niat Sally adalah untuk membunuh Isteri Amar,Mariam.Dia ingin membalas dendam dan ingin mengikis wang Amar selepas itu dia berniat akan meninggalkan Amar.Dendamnya sungguh mendalam terhadap Amar sekeluarga.Permulaan sebagai hadiah perempuan taruhan di atas kemenangan Amar berjudi pada malam itu juga telah dirancang oleh Sally agar Amar mengenalinya sebagai Salmiah nanti.Kini,Amar sudah mengetahui diri Sally sebagai Salmiah.Maka,segala rancangan jahatnya untuk membalas dendam akan menjadi lebih mudah.

“Yalah,Ubat penawar hati ini bagus.Abang bagi Kak Mariam minum ya.Nombor akaun bank abang mana?”

“Baiklah,demi sayangku Salmiah.No akaun abang 98765-098-654-00-231.Dalam akaun bank abang adalah dalam setengah juta hasil duit menang judi abang dan puluhan ribu untuk kita kahwin.Abang kan Raja Judi.Haha.Ambillah sikit untuk bayar ubat penawar ini.”Kata Amar kepada Sally.

Sally tersenyum lalu berkata di dalam hati,
“Cis,senangnya kau kena tipu Amar.Kau ingat aku nak kahwin dengan kau! Ubat itu sebenarnya racun.Kau akan lihat isteri kau mati di tangan kau sendiri nanti.Selepas isteri kau mati,kau akan ditangkap polis.Aku yang akan telefon polis itu.Haha..Nombor akaun bank pula akan aku digunakan aku untuk melesapkan semua duit kau.Selepas ini,tak perlulah aku nak kerja sebagai pelayan bar dekat Kuala Lumpur itu lagi.Aku akan mulakan hidup baru!Kau pula akan sengsara di penjara! Padam Muka.Semuanya sebab kau ! Kau harus terima balasannya.Haha.”

“Kenapa tersenyum sahaja ini?Tanya Amar kepada Sally yang termenung.
“Tak adalah.Gembira kita akan kahwin juga akhirnya.Jangan lupa bagi Kak Mariam Minum ya.Hehe.”Tipu Sally yang sememangnya manusia bertopengkan syaitan.
“Baiklah.Demi dirimu Salmiah”Jawab Amar.
“Macam itulah.” Jawab Sally.

“Haha.Bagus,Rancanganku akan mula berjalan dengan lancar.Inilah masanya.Dendamku bakal terbalas.Ya, terbalas.”kata Sally dalam hati lagi

Pada Malam itu,Amar berbuat baik dengan Mariam untuk memberi racun yang disangka ubat penawar oleh Amar untuk melembutkan hati isterinya Mariam, agar dia dapat berkahwin dengan Salmiah,wanita yang dicintainya.

“Mariam Sayang,minum air ini ya”Arah Amar kepada Mariam.

Hish,pelik benar suami aku ini,tiba-tiba panggil aku sayang,sediakan minuman lagi…Hmm,tak baik berburuk sangka..Baiklah,husnudzon…Mungkin dia dah berubah.Alhamdullillah.Amin. Kata Mariam dalam hati.

“Ada apa ya sebenarnya abang?Baiklah abang berterus terang.”Tanya Salmiah.

“Minum dulu air itu ya Sayang,nanti abang cerita.”Amar berpura-pura.

“Tak naklah,perlu ke saya minum air itu?”Mariam bertanya lagi.

“Minum sajalah!,kau degil kenapa?Mengada!”Tengking Amar yang sudah hilang kesabarannya.

Terkejut Mariam ketika itu.Ternyata sangkaan bahawa suaminya telah berubah hanya dalam mimpi sahaja.Harapannya untuk melihat suaminya berubah hanya sekadar harapan.

“Abang...Cuba abang berterus terang.”Pinta Mariam dengan nada suara yang syahdu.Sebak rasanya di dada.

Kau degil ! Minum ! Ya,memang aku nak berterus terang.Aku nak kahwin dengan Salmiah.Aku nak kahwin lagi satu.!”tengking Amar kepada isterinya.
“Sampai hati Abang buat Mariam begini.Mariam tak akan minum air itu!Kalau ya pun abang nak kahwin lain,mengapa mesti dengan Sally perempuan yang seksi itu.Mengapa abang tidak berkahwin dengan perempuan yang elok agama dan akhlaknya.Islam tidak melarang suami untuk berpoligami dan saya tidak menghalang poligami tetapi bukan kerana perempuan yang tidak bermoral itu!”Rintih Mariam.

“Arghh,Suka hati akulah…Kurang Ajar Kau!”.Amar menampar muka Mariam lalu menolak Mariam hingga jatuh tangga.

Dung Tap Tap Dung..Bunyi Mariam Jatuh Tangga.
Seketika suasana yang tegang menjadi sunyi.Amar pula tergamam.
“Abang!,Tiba-tiba,kaki Mariam dipenuhi dengan lumuran darah.Mariam Keguguran.
“Abang, sebenarnya Mariam mengandung anak kedua kita.Abang,Mariam mahu beritahu abang tetapi abang terus mendesak untuk berkahwin dengan Sally.”Rintih Mariam dengan tangisan yang sungguh perit rasanya.
“Mariam…abang”… lidah Amar kelu untuk berkata.

“Abang,Mariam cintakan abang sepenuh hati.Mariam sayangkan Abang.Abanglah tempat syurga Mariam sehingga ke hujung nyawa.Mariam tahu abang tak pernah hargai Mariam,tapi demi Allah… Mariam ikhlas menyayangi abang dengan penuh setulus hati.Namun,sampai hati abang lukakan hati Mariam begini”.Rintih Mariam.
Bagaikan hati ibarat kaca yang pecah, mulut bagaikan terdiam seribu bahasa…Amar tergamam.Ketika itu,Siti yang masih kecil yang masih tidak tahu apa-apa mengambil cawan yang dibancuh ubat racun itu lalu meminumnya sehingga habis.

“Siti Haus…”Ibu mana? IBU ! Dia berlari ke arah ibunya yang penuh dengan lumuran darah.

“Ibu… Siti nak ibu.Siti tak nak Ayah…Ayah jahat !….”Ritihan anak kecil bernama Siti. “Siti?Ya Allah…Siti anakku!! Jerit Mariam

Tiba-tiba Siti rebah ke lantai dan mulutnya penuh dengan buih-buih racun.Mariam pula kesakitan dalam menghembuskan nafas-nafas terakhirnya.

Pada masa yang sama itu jugalah Amar menerima panggilan telefon.

Kring,Kring…
“Hello,Abang Amar dah bagi racun tu dekat isteri abang ke?haha.Padam Muka kau Amar.Haha.Puas hati aku.Mesti isteri kau dah mati kan.Hahahahahaha.” Kata Sally.

 “Salmiah,apa yang awak dah buat ini?Racun?itukan ubat penawar yang awak kata boleh lembutkan hati isteri abang?”Amar Keliru.

“Haha.Kau kena tipu Amar.Aku dah tipu kau.Aku nak balas dendam dekat kau sebab kaulah aku jadi begini dan sebab Mariam kau putuskan hubungan kita dahulu.Eh,Aku dah tak sayang kau lagi kau tahu tak.Aku hanya benci pada kau.Sekarang,aku puas hati sebab Mariam dah minum racun itukan dan selamat tinggal.Aku dah bolot semua duit kau dalam bank dengan memindahkan semua duit dekat akaun bank aku.Padam Muka kau..Haha…”Kata Sally dengan riang.

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat lalu talian telefon terputus. Kemudian,Amar turun dari tangga rumahnya dan memeluk Mariam.

“Abang,Mariam sayangkan Abang.Maafkan Mariam sebab buat Abang benci Mariam selama ini.Mariam maafkan segala dosa abang pada Mariam walau hati Mariam sakit dan terluka namun kerana cinta Mariam relakannya.Abang,Mariam dan Siti akan setia tunggu abang di pintu Jannah.”Lalu Mariam menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mariam! Abang buta selama ini.Buta kerana nikmat dunia.Abang bertaubat Mariam.Maafkan Abang.Abang cintakan Mariam juga.Mariam !!”Jerit Amar.
“Siti?Siti…! Ya Allah.Siti yang minum racun itu… Siti,Maafkan Ayah.! Mariam,Siti Maafkanku.!”Teriak Amar.

Tiba-tiba kedengaran kereta pihak polis datang ke rumahnya.

“Encik Amar,anda di tahan atas tuduhan membunuh isteri Encik dengan racun yang berbahaya.Saya mendapat aduan ini daripada panggilan seorang wanita yang tidak dikenali lalu beliau memberikan alamat rumah ini.”Kata pegawai polis berkenaan.
“Encik,Saya ditipu…Encik” Rayu Amar.

“Jelaskannya di Balai Polis nanti.Inspektor,uruskan jenazah mereka berdua ini.Mereka sudah meninggal dunia.Hantar mereka untuk dibedah siasat ke hospital.Kemudian uruskan jenazah mereka.”Kata Pegawai polis itu kepada pegawai polis yang lain.
“Baik, Tuan”.Sahut Inspektor-inspektor yang lain.
“Encik Amar,ikut kami ke balai.” Kata Pegawai Polis itu sambil menarik tangan Amar yang telah digari.
************************************************************************************************
Kini ,sudah 3 tahun Amar dipenjarakan dan bakal menamatkan sisa-sisa hidupnya di penjara.Amar telah didapati bersalah apabila pegawai polis mendapati terdapatnya racun dalam jenazah anaknya,Arwah Siti semasa bedah siasat dijalankan dan dipenjarakan atas tuduhan membunuh isterinya,Arwah Mariam. Sementelahan itu,Sally ataupun nama sebenarnya Salmiah  pula telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa memandu kereta pada tempoh hari kejadian semasa membuat panggilan telefon dengan Amar.
“Pihak Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Encik Muhamad Amar Bin Abu Hassan.SETUJU! Hukuman akan dijalankan.”perintah pihak Hakim Mahkamah Jenayah Malaysia.

Tiba-tiba lamunan Amar di atas sejadah terhenti seketika selepas solat subuhnya tadi kerana namanya dipanggil oleh seorang pegawai polis.

“Encik Amar,anda diminta untuk mengikut saya ke bilik Gantung.”arah Pegawai polis itu.

Pada hari ini,Amar akan digantung sehingga mati atas segala perbuatannya selama ini.Dia redha atas ketentuan Allah.Mungkin ini adalah pengakhiran hidupnya.Lalu,kepalanya disarungkan kain hitam dan ditutup mukanya.Dia kini berada di puncak tali gantung.

Tiba-tiba kedengaran suara Isterinya,Mariam dan anaknya Siti.
Mariam dan Siti tunggu abang di pintu Jannah,Ya”Ajal Abang dah tiba.Ucapkan Kalimah Syahadah Abang.Mengucap…Allah melihat kita.“Ayah,Siti Tunggu Ayah,Siti Sayang Ayah.” Suara Mariam dan Siti yang hanya dapat didengari oleh Amar saat itu.
Air matanya jatuh mengalir dengan deras.Titisan air mata taubat di tali gantung saat itu hanya dapat dirasai oleh Amar. Air matanya kini semakin deras mengalir dalam kegelapan lalu dia berkata dalam hati.

“Aku bertaubat Ya Allah.Aku bertaubat. dan aku ingin mati dalam iman Ya Allah.Aku bertaubat Ya Allah.Aku ikhlas.Maafkan Abang,Mariam…Maafkan Ayah, Siti…lalu dia mengucap kalimah syahadah dalam hati.Aku bertaubat,Ya Allah…”Kata-kata Amar dalam hati buat kali terakhir.
Tup…Bunyi tali gantung dilepaskan.Amar telah pergi meninggalkan dunia buat selamanya di tali gantung.Air mata taubatnya pula masih basah ketika jenazahnya diuruskan pihak polis selepas kematiannya.Itulah Titisan Air Mata Taubat Di Tali Gantung.
************************************************************************************************
Setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan tiada manusia yang sempurna melainkan Allah namun bertaubatlah sebelum ajal menjemput diri kita agar segala amal yang akan kita bawa ke akhirat boleh dimanfaatkan untuk jalan ke syurga.Dan,ingatlah bahawa Allah menerima taubat hambanya yang benar-benar ikhlas bertaubat di jalannya.Waallahuallam.
-Tamat-

Segala Cerita dalam cerpen ini hanya rekaan semata penulis.Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah pergi meninggal dunia.
Yang Baik dijadikan tauladan,Yang Buruk dijadikan sempadan.


************************************************************************************************

Puisi Takdir Menanti

TAKDIR MENANTI

Takdir itu
tertulis di Luh Mahfuz
tiada doa yang mampu meleburkan
walau sebaris catatan-Nya,
Cinta serta jodoh pertemuan,
Telah ditetapkan di Luh Mahfuz,
walaupun beribu tahun air mata membasahinya
tidak mampu menghalang
takdir-takdir  yang terpatri
hingga saat kematian
saat ajal juga tertulis
yang jauh dan sepi menanti
semuanya tersimpan rapi di Luh Mahfuz.